Sunday, 26 July 2020

Asal Usul KUCING KAMPUNG

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Hii buat semua pembaca , apa khabar buat semua pembaca khususnya buat ahli-ahli blogger.

Hari ni kita nak bercerita sesuatu, mengenai sesuatu yang sangat comel bagi kita....ini bukan manusia tapi seekor kucing yang sangat popular di kalangan orang ramai itu itu *KUCING KAMPUNG*




Apabila bercerita mengenai kucing kampung mesti ramai yang berkata baka kucing kampung ini jenis yang biasa biasa saja. Tidak istimewa seperti baka kucing-kucing yang mahal seperti *Mainecoon*, *Parsi*, *Bengal* dan banyak lagi. Ini ditambah lagi banyak kucing jenis Ini hanya menjadi kucing gelandangan dan terbiar di jalanan. Namun jika anda seorang pencinta kucing yang sejati, anda tidak akan mengklasifikasi jenis baka kucing kampung ini direndah-rendahkan martabatnya kerana ianya juga sebenar antara mahkluk ciptaan ALLAH.

*MALAY CATS*



Kucing kampung sebenarnya lebih dikenali sebagai *MALAY CATS* di dalam dunia kucing. Kriteria fizikal yang terdapat pada seekor kucing kampung *MALAY CATS* adalah ianya adalah dari jenis berbulu pendek Domestic Short Haired Dan coral bulunya adalah berceloreng seakan-akan jenis kucing *Tabby*. Telinganya pula jenis telinga besar dan bentuk fizikal badannya adalah besar terutama sekali kucing jantan. Ekornya panjang serta mempunyai hujung ekor yang berbelang-belang seakan-akan ekor seekor musang dan ada juga kucing kampung *MALAY CATS* yang ekornya panjang serta dihujungnya bengkok.




Kucing baka manx mempunyai ekor yang kontot

Asal-usul kucing kampung


Mengikut  asal usul keturunan si Kucing Kampung “Malay Cats” dikatakan bahawa kucing kampung sebenarnya berasal dari kucing baka Manx yang origin asalnya adalah dari Isle of Man, sebuah negara jajahan Koloni British yang terletak di sebuah pulau di Laut Irish di Great Britain.

Wujudnya kucing kampung di bumi Malaysia sekarang adalah akibat daripada kucing baka Manx telah dibawa masuk oleh orang Eropah daripada bumi asal mereka sewaktu mereka bertapak di bumi Malaysia suatu waktu dahulu dan kemudian mengahwinkannya dengan kucing baka-baka tempatan yang lain maka terjadilah Kucing Kampung yang dikenali dengan nama “Malay Cats” sekarang.

Memandangkan baka kucing Manx itu sendiri adalah daripada kucing yang mempunyai bulu yang pendek serta berbelang-belang maka adalah tidak mustahil Malay Cats juga sedemikian rupa malah fizikalnya juga boleh mengikut baka kucing Manx yang besar serta tegap.




Untuk itu jika sekiranya ada yang berkata bahawa kucing kampung “Malay Cats” tidak mampu membesar seperti kucing baka maincoon itu adalah tanggapan yang salah. Ini kerana sekiranya kucing kampung “Malay Cats” diberikan makanan kucing premium serta mempunyai persekitaran yang kondusif nescaya ianya juga akan membesar seperti kucing-kucing baka mahal yang lain.

Ekor bersimpul



Bagi pencinta kucing yang mempunyai baka kucing kampung “Malay Cats” yang mana ekor kucingnya panjang dan bengkok sebenarnya ada cerita legenda mengenai mengapa ianya sedemikian rupa. Diceritakan bahawa kucing kampung “Malay Cats” yang berekor bersimpul sebenarnya adalah kerana suatu waktu dahulu ada sesetengah bangsa Eropah terutama sekali bangsa Portugis mempunyai adat resam yang pelik terhadap kucing mereka.

Dikatakan bahawa kucing-kucing di Portugis suatu waktu dahulu memang disengajakan untuk mereka mengepit hujung ekor kucing sejak daripada anak kucing lagi kerana dikatakan ianya akan membawa rezeki yang melimpah ruah kepada pemiliknya. Apabila kedatangan bangsa Portugis ke bumi Melaka suatu waktu dahulu mereka juga membawa kucing-kucing baka Manx yang berekor bersimpul dan akhirnya wujudlah kucing kampung “Malay Cats” berekor bersimpul.




Inilah sedikit informasi perkongsian bijak di dalam kita cuba mengenal kucing kampung “Malay Cats” yang sebenarnya banyak terdapat di sekeliling kita di Malaysia sekarang. Janganlah mereka dipandang sebelah mata sahaja dan dibuang di jalanan seperti tiada harga kerana sebenarnya kucing kampung ini juga mempunyai keistimewaan-keistimewaan yang tersendiri contohnya mereka bijak untuk berkomunikasi dengan tuannya samada melalui isyarat mahupun dengan berbunyi miaow. Dan yang pasti kucing kampung “Malay Cats” adalah antara pemburu yang terhandal di dalam dunia kucing.

Berikan peluang kepada kucing jalanan untuk hidup bahagia di dalam rumah yang selesa dan aman. Please adopt dont shop!

No comments:

Post a Comment