Wednesday 4 November 2020

Kenangan Masakan Ikan Bakar

 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

Hai kembali semula bersama FiQ

Hari ni FiQ nak kongsikan pada semua khususnya buat para peminat makanan ikan bakar. Terutamanya di kawasan negeri Melaka ni. Masa tu FiQ dengan  Tunang FiQ ni pergi ke Melaka untuk cari barang-barang persiapan buat hantaran la kan… dan selesai dari tengahari mencari barang-barang semua. Dah lama tak makan ikan bakar ni.

 

Petang tu jugak dalam jam 6 petang FiQ dan Tunang FiQ ni terasa nak makan ikan bakar punya pasal.Maklumlah FiQ ni tak fasih sangat kat kawasan Melaka ni. Jadi FiQ hubungi kawan FiQ ni  nak Tanya berkenaan kawasan Melaka ni belah mana yang sedap dengan masakan ikan bakar ni.maklumlah kawan FiQ ni orang Melaka, jadi mesti secara tidak langsung die pasti pakar dalam temp[at masakan kawasan negeri Melaka. Dan kawan FiQ ni bagitahu la tempat paling sedap untuk masakan ikan bakar ni kat Restoran Umbai. Dan FiQ  pun dapatkan lokasi tempat terus gerak tanpa tunggu.

 


Dan apa yang paling kelakar tau apa. FiQ dan sampai  kat lokasi restoran UMBAI yang dinyatakan kawan FiQ tu. FiQ pun masuk kat dalam laluan masuk tu…siap ada Tol pulak kan. Nak dijadikan cerita tu..FiQ masuk kawasan kedai tu tak jumpa plak kedai yang kawan FiQ cakapkan tu.ingatkan iya lah Restoran UMBAI..ternyata nya tidakkkkk. Dah habis makan apa semua dengan Tunang FiQ ni. Selesai bayar kat kuanter. FiQ nak gerak balik ke Johor. Dan dan pulak masa tu ternampak la ada satu kedai terselit kat tepi tu ada tulis Restoran UMBAI… ketuk dahi FiQ dibuatnya…hahahha..punya lah mencari rupanya tersorok sikit kat tepi tu. Ermmm sabar jelaaaa dibuat nya.tapi apa yang pasti, restoran dekat dekat situ da masuk kawasan tepi laut tau…

 

Jadi FiQ balik ke johor dengan penuh rasa hampa sedikit la sebab nak balik baru jumpa Restoran yang kawan FiQ cakapkan tu….MELEPASSssssss….. apakan daya. Jadi dalam hati tu takpe lah da takda rezeki nak buat macam manakan. Mungkin lain kali lah jawab nya datang singgah lagi kalau takda apa sebarang halangan. Dan yang pastinya lepas ni FiQ dah tau kat mana kedai tu tersorok hahahaha….tapi takpa janji dapatlah jugakkan merasa ikan bakar kat negeri Melaka ni.

 

Terima kasih buat para pembaca kerana sudi meluangkan masa.. jadi kalau ada sebarang lokasi ikan bakar yang sedap di kawasan negeri korang..boleh nyatakan di ruangan komen dibawah. Sekian terima kasih.

Tuesday 3 November 2020

Persiapan Perkahwinan

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Alhamdulillah masih bernafas di muka bumi yang indah ini.

Rasanya dah lama tak layan Blog, pejam celik pejam celik lagi sebulan lebih sikit lagi untuk mengadakan majlis perkahwinan FiQ. Dan persiapan untuk barang-barang hantaran dah selesai. Tapi borang borang nikah masih dalam proses untuk menyiapkan. Dalam tempoh menghampiri majlis perkahwinan ni rasa sedikit tertekan sebab dari segi kewangan dan menyiapkan barang-barang keperluan terasa terkejar-kejar… Tapi bila dah selesai nanti  In shaa Allah moga berjalan dengan lancar.

 


Macam mana lah agak nya orang lain yang sibuk proses menyiapkan keperluan untuk majlis perkahwinan. Baru FiQ terasa apayang mereka rasakan sebelumnya. Nampak majlis perkahwinan mereka macam mudah jer… tapi hakikatnya agak serabut juga kan. Harap harap dapat tempuh dengan penuh kesabaran segala ujian yang bakal mendatang.

 

Lagi lagi dalam waktu-waktu seperti ini. Dengan penyakit CORONA Virus ni masih dalam keadaan tidak stabil lagi.. risau jugak sebab abg FiQ duduk kat Selangor sana. FiQ Cuma harap PKPB kat sana cepatlah selesai. Maklumlah adik-beradik FiQ Cuma bertiga sahaja, jadi kalau abg FiQ tidak dapat hadir terasa macam kosong pulak. Yela kan nak harapkan sapa lagi kalau bukan adik beradik.

 

Jadi buat para pembaca blog FiQ. Marilah kita bersama-sama mendoakan supaya penyakit CORONA Virus ini dapat  dipulihkan dengan segera AMIIIN. Yela kan sebab penyakit ni sangatlah kritikal. Dan yang penting kita juga haruslah mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan oleh MKN. Penjarakan social 1 meter. Jika tiada sebarang keperluan di luar sana kita duduklah di rumah sahaja.

 

Akhir kalam dari FiQ supaya kita terus cekal dalam menghadapi segala dugaan dan rintangan dengan tenang dan penuh kesabaran. Assalamualaikum.

Friday 16 October 2020

KISAH SEBENAR ANIME CRAYON SHIN CHAN

Hai salam sejahtera semuanya...semalam aku ada terbaca satu artikel ni la kan. Biasalah kan sekarang cerita Crayon Shin Chan da tak nampak lagi di kaca televisyen ni...semula dah diambil alih oleh WOW SHOP la GO SHOP la...jadi kesempatan nak tengok cerita Crayon Shin Chan ni da tiada lagi... dan aku terbaca sebuah artikel mengenai kisah sebenar di sebalik anime Crayon Shin Chan ni...entah benar atau tidak...anda boleh komen di bawah...


Shin Chan ni merupakan satu nama yang tidak asing lagi dikalangan peminat kartun komik atau penonton siri kartun Crayon Shin Chan di kaca TV. lagi kanak-kanak yang sedang membesar. Sikap nakal Shin Chan yang memeningkan kepala orang-orang di sekelilingnya itu memang mencuit hati. dan apa yang aku terbaca dalam artikel ni, rupanya ada sebuah kisah sedih yang tragis di sebalik kewujudan crayon dalam cerita Shin Chan ni.




Sepasang Suami Isteri bernama Hiroshi dan Misae mempunyai sepasang anak lelaki dan perempuan iaitu Shinnosuke dan Himawari. Mereka turut membela seekor anjing bernama Shiro. Keluarga bahagia Nohara ini tinggal di Kusakabe. Suatu hari tu, Misae membawa anak-anaknya pergi ke pasar. Wanita itu sibuk membeli belah terutama semasa tengah sale dengan harga runtuh. Tiba-tiba Shinnosuke ternampak Himawari melintas jalan raya tanpa pengawasan sesiapa. Shinnosuke berlari ke arah jalan tersebut bagi menyelamatkan dan mendapatkan adiknya. Malangnya, sebuah kereta yang meluncur laju telah melanggar dua beradik itu dan mereka meninggal dunia di situ juga. Hiroshi terkejut dengan khabar tersebut manakala Misae pula jatuh murung. Sejak kejadian itu, Misae sentiasa melukis gambar anak-anaknya dengan crayon sambil membayangkan bagaimana agaknya keadaan mereka sekiranya masih hidup.



dan bila aku baca artikel ni terasa sebak juga di buat nya. apa tak nya, anak-anak yang disayangi pergi dalam keadaan yang begitu tragedis. Crayon yang pernah digunakan oleh Shinnosuke itu menjadi objek penghubung rasa rindu Misae pada anaknya yang sudah tiada. Setelah beberapa tempoh kematian mereka, Shiro, anjing mereka turut meninggal dunia.



Beberapa tahun kemudian, Misae jatuh sakit. Doktor memberitahu Hiroshi yang Misae hanya mempunyai masa beberapa bulan lagi untuk hidup. Sebelum dia ‘pergi’, Misae meminta Hiroshi untuk terus melukis gambar-gambar Shinnosuke dan Himawari bagi melegakan penderitaan lelaki itu. Seorang penulis dan artis manga Yoshito Usui melihat lukisan crayon itu dan insiden itu memberi inspirasi kepada Usui untuk buat manga bertajuk Crayon Shin-Chan sehingga menjadi fenomena.


Jadi itu lah serba sedikit apa yang aku baca dalam satu artikel ini...dan tak pasti lah cerita ini merupakan kisah benar atau rekaan semata-mata. tapi bila aku membaca nya memang menyayatkan hati. jika ada sebarang komen yang ingin di lontarkan...anda bole memberikan komen anda di bawah.



Sunday 26 July 2020

Kenapa kucing suka bawa bangkai haiwan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Hii buat semua pembaca , apa khabar buat semua pembaca khususnya buat ahli-ahli blogger.

Semalam kita bercerita tentang kucing Kampung dan hari ni kita nak bercerita sesuatu, mengenai Kenapa Kucing Suka Bawa Pulang Bangkai Haiwan?



Salah satu dari perkara yang kurang senang apabila hidup bersama kucing ni ialah mereka ni suka bawa pulang bangkai haiwan!




Kucing sudah di semi-domestikkan selama 10,000 tahun lamanya. Namun kebanyakan dari mereka masih mengekalkan skill memburu mereka. Skill inilah yang menghasilkan hubungan simbiotik antara manusia dan kucing. Kucing menjaga stor makanan dengan mengawal populasi tikus, manakala manusia pula melindungi kucing dari pemangsa yang lebih besar.

Kenapa kucing bawa pulang ‘hadiah’ seperti ini?

Kucing yang setiasa diberi makan tidak perlu memburu untuk makanan, namun naluri semulajadi mereka untuk memburu masih ada. Berikut merupakan sebab-sebab kenapa kucing anda sering membawa pulang bangkai haiwan sebagai hadiah:

1. Mengajar kita untuk memburu

Ibu kucing mengajar anak kucingnya untuk memburu dengan membawa pulang hasil buruan kepada anak-anaknya untuk dimakan. Apabila anak-anak semakin membesar, ibu kucing akan membawa pulang hasil buruan yang masih hidup. Ini memberi peluang anak-anak kucing untuk mempelajari skill memburu. Akhirnya ibu kucing akan membawa anak-anaknya ke dunia luar dan tunjukkan cara-cara memburu.

Jadi apabila kucing  membawa pulang bangkai ataupun haiwan yang masih hidup, kucing anda sebenarnya cuba mengajar anda untuk memburu.

2. Sebagai simpanan

Kadangkala kucing akan menyimpan hasil buruannya untuk dimakan kemudian hari. Namun sebelum dimakannya, kita sudah buang ke tong sampah cepat-cepat!

3. Bermain

Kucing cenderung menunjukkan tahap kesabaran yang tinggi ketika memburu; mereka menggunakan deria bau, pendengaran dan penglihatan dan menunggu saat yang tepat untuk menyerang. Kucing yang hidup di dunia luar akan pulang ke tempat selamat untuk memakan hasil buruannya. Bagi kucing domestik, sudah tentu pulang ke rumahnya atau di hadapan pintu.

Kucing kadangkala sukakan pengalaman untuk menghendap dan menangkap sesuatu.




4. Inginkan kita bermain

Ada kucing yang suka bermain tangkap-tangkap dengan pemilik mereka dan membawa pulang patung tikus kembali ke manusia mereka sambil menunggu peluang untuk menangkap semula permainan tikus tersebut.

Jadi apabila kucing anda membawa pulang tikus betul, mungkin ia hanya mahu bermain dengan anda. Tapi kali ini cuba beli mainan tikus untuk kucing anda k.

5. Memberi hadiah

Teori popular yang terakhir adalah kucing kita sebenarnya hanya memberikan kita hadiah, lebih-lebih lagi jika kucing anda betina dan ia membawa pulang hasil buruannya untuk berkongsi bersama manusianya.

Kesimpulan

Reaksi kita terhadap bangkai dan haiwan yang hampir mati di pintu rumah kita adalah kegelian dan ketakutan semestinya. Namun percayalah yang kucing anda lakukan perkara ini kerana nalurinya dan itu salah satu tanda kucing tunjukkan kasih sayangnya.

Asal Usul KUCING KAMPUNG

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Hii buat semua pembaca , apa khabar buat semua pembaca khususnya buat ahli-ahli blogger.

Hari ni kita nak bercerita sesuatu, mengenai sesuatu yang sangat comel bagi kita....ini bukan manusia tapi seekor kucing yang sangat popular di kalangan orang ramai itu itu *KUCING KAMPUNG*




Apabila bercerita mengenai kucing kampung mesti ramai yang berkata baka kucing kampung ini jenis yang biasa biasa saja. Tidak istimewa seperti baka kucing-kucing yang mahal seperti *Mainecoon*, *Parsi*, *Bengal* dan banyak lagi. Ini ditambah lagi banyak kucing jenis Ini hanya menjadi kucing gelandangan dan terbiar di jalanan. Namun jika anda seorang pencinta kucing yang sejati, anda tidak akan mengklasifikasi jenis baka kucing kampung ini direndah-rendahkan martabatnya kerana ianya juga sebenar antara mahkluk ciptaan ALLAH.

*MALAY CATS*



Kucing kampung sebenarnya lebih dikenali sebagai *MALAY CATS* di dalam dunia kucing. Kriteria fizikal yang terdapat pada seekor kucing kampung *MALAY CATS* adalah ianya adalah dari jenis berbulu pendek Domestic Short Haired Dan coral bulunya adalah berceloreng seakan-akan jenis kucing *Tabby*. Telinganya pula jenis telinga besar dan bentuk fizikal badannya adalah besar terutama sekali kucing jantan. Ekornya panjang serta mempunyai hujung ekor yang berbelang-belang seakan-akan ekor seekor musang dan ada juga kucing kampung *MALAY CATS* yang ekornya panjang serta dihujungnya bengkok.




Kucing baka manx mempunyai ekor yang kontot

Asal-usul kucing kampung


Mengikut  asal usul keturunan si Kucing Kampung “Malay Cats” dikatakan bahawa kucing kampung sebenarnya berasal dari kucing baka Manx yang origin asalnya adalah dari Isle of Man, sebuah negara jajahan Koloni British yang terletak di sebuah pulau di Laut Irish di Great Britain.

Wujudnya kucing kampung di bumi Malaysia sekarang adalah akibat daripada kucing baka Manx telah dibawa masuk oleh orang Eropah daripada bumi asal mereka sewaktu mereka bertapak di bumi Malaysia suatu waktu dahulu dan kemudian mengahwinkannya dengan kucing baka-baka tempatan yang lain maka terjadilah Kucing Kampung yang dikenali dengan nama “Malay Cats” sekarang.

Memandangkan baka kucing Manx itu sendiri adalah daripada kucing yang mempunyai bulu yang pendek serta berbelang-belang maka adalah tidak mustahil Malay Cats juga sedemikian rupa malah fizikalnya juga boleh mengikut baka kucing Manx yang besar serta tegap.




Untuk itu jika sekiranya ada yang berkata bahawa kucing kampung “Malay Cats” tidak mampu membesar seperti kucing baka maincoon itu adalah tanggapan yang salah. Ini kerana sekiranya kucing kampung “Malay Cats” diberikan makanan kucing premium serta mempunyai persekitaran yang kondusif nescaya ianya juga akan membesar seperti kucing-kucing baka mahal yang lain.

Ekor bersimpul



Bagi pencinta kucing yang mempunyai baka kucing kampung “Malay Cats” yang mana ekor kucingnya panjang dan bengkok sebenarnya ada cerita legenda mengenai mengapa ianya sedemikian rupa. Diceritakan bahawa kucing kampung “Malay Cats” yang berekor bersimpul sebenarnya adalah kerana suatu waktu dahulu ada sesetengah bangsa Eropah terutama sekali bangsa Portugis mempunyai adat resam yang pelik terhadap kucing mereka.

Dikatakan bahawa kucing-kucing di Portugis suatu waktu dahulu memang disengajakan untuk mereka mengepit hujung ekor kucing sejak daripada anak kucing lagi kerana dikatakan ianya akan membawa rezeki yang melimpah ruah kepada pemiliknya. Apabila kedatangan bangsa Portugis ke bumi Melaka suatu waktu dahulu mereka juga membawa kucing-kucing baka Manx yang berekor bersimpul dan akhirnya wujudlah kucing kampung “Malay Cats” berekor bersimpul.




Inilah sedikit informasi perkongsian bijak di dalam kita cuba mengenal kucing kampung “Malay Cats” yang sebenarnya banyak terdapat di sekeliling kita di Malaysia sekarang. Janganlah mereka dipandang sebelah mata sahaja dan dibuang di jalanan seperti tiada harga kerana sebenarnya kucing kampung ini juga mempunyai keistimewaan-keistimewaan yang tersendiri contohnya mereka bijak untuk berkomunikasi dengan tuannya samada melalui isyarat mahupun dengan berbunyi miaow. Dan yang pasti kucing kampung “Malay Cats” adalah antara pemburu yang terhandal di dalam dunia kucing.

Berikan peluang kepada kucing jalanan untuk hidup bahagia di dalam rumah yang selesa dan aman. Please adopt dont shop!

Saturday 11 July 2020

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Haiii buat semua pembaca ... apa khabar semua? Adakah anda sihat-sihat belaka? Jika sihat Alhamdulillah dan jika kurang sihat banyakkan berdoa supaya sembuh dan sihat sediakala.

Hari ni FiQ terkilan sebab tak dapat hadir ke rumah kenduri rumah sepupu FiQ kenduri kahwin.
iye ler..masa tu majlis FiQ bertunang , dia datang jugak walaupun masa tu dia tengah berkursus kat Muar tapi tetap jugak hadir majlis pertunangan FiQ.

In Shaa ALLAH Raya Haji ni FiQ balik bercuti datang singgah rumah mak dia, manalah tau dia pon dapat balik bercuti hari raya kan. Kereta pon masih dekat bengkel lagi huhuhu.. lambat lagi nak siap. Harap-harap lah bulan ni dapat cepat siap. Sebab nak balik kampung kan. Dan sebut pasal balik ke kampung ni plak hermmmm...cuti masih tak lulus lagi ni... entahlah, sudah dihantar kat orang pejabat tapi masih tidak dihantar kepada pegawai untuk diluluskan. Harap-harap lah dapat cuti.. sudahlah masa Raya Aidilfitri aritu tak dapat bercuti sebab hari raya.. kene keje plak pagi tu..huhuhu...memang sadis laaaa....

Haaaa berbalik kepada topik tadi. FiQ ucapkan Selamat Pengantin Baru buat sepupu FiQ dan pasangan dan selamat menjalani kehidupan rumahtangga. nahhh kita payung sikit gambar tadi. walaupun tak dapat ke rumah kenduri semalam.


tak sangka jugak abang kita pon datang sekali 


nahhh kasi posing sikit laaaa hahaha



mudah-mudahan cepat-cepat la dapat 2 pupu hehehehehe...

Tuesday 7 July 2020

Majlis nikah sepupu

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Hii buat semua pembaca , apa khabar buat semua pembaca khususnya buat ahli-ahli blogger.







Hari Ni 07/07/2020 syukur alhamdulillah FiQ nak ucapkan tahniah buat sepupu FiQ Hafizuddin shah yang selamat diijab kabulkan bersama pasangan nya Nurul Asyikin di Felda Sri Jaya Johor. Semoga berbahagia bersama sehingga ke akhir hayat. Banyakkan bersabar dan tabah menghadapi dugaan dalam kehidupan berumah tangga. Bak kata orang tua-tua asam garam kehidupan suami isteri dalam berumah tangga. Cehhh kita cakap macam dah hidup berumah tangga. Padahal masih bertunang. lagi berapa bulan lagi nak menjalani kehidupan berumah tangga. tapi cara bercakap macam dah lama berumah tangga.hahahahaha



Maaf FiQ tak dapat nak ke sana untuk tengok majlis sepupu FiQ menikah. Sebab kereta masih tengah baiki kat bengkel lagi.Nampak gayanya kereta FiQ ni boleh mencecah sampai ke hujung bulan untuk diperbaiki. Namun alhamdulillah majlis dapat berjalan dengan lancar dengan jaya nya.Saudara mara dapat la jugak berkumpul bersama, cuma yang sedih nya pulak FiQ ni tak dapat sekali berkumpul di hari pernikahan sepupu FiQ ni. Apa-apa pun yang paling penting majlis dilakukan mengikut SOP yang dikeluarkan untuk fasa PKPP ini. 



In shaa Allah tengok macam mana nanti kalau takde apa hal . FiQ datang di majlis persandingan nanti Naik Moto jelaaa hahaha...kereta masih rosak kan...

Monday 6 July 2020

Tergamam

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


hyeeee buat Tuan-tuan dan Puan-puan terutama ahli Blogger
Musim PKPP ni korang apa cerita ye dekat rumah ke atau da puas berjalan sana sini hahaha....
sebut pasal berjalan ni.. masuk je musim PKPP aritu terus lepaskan geram pergi berjalan ke Pantai Mersing Johor sana... walaupun sempadan tapi bila dapat berjalan sampai ke sana da terasa lapang je dada dapat melihat sekitar suasana yang luas pemandangan. Walaupun FiQ sentiasa bekerja masa waktu PKPP ni tapi terasa lapang la dada tu bila dapat ke sana ke mari.

Tapi seminggu selepas tu. Tetiba malang tak berbau plak. FiQ dilanda musibah terlibat dalam kemalangan di Jalanraya masa tu perjalanan nak menghala hantar Tunang FiQ pergi kerja pagi tu. FiQ bawak kereta masa tu takde la laju pon.Jarak FiQ dengan kereta depan FiQ HONDA City warna hitam jarak boleh tahan jauh nya. tapi di sebabkan lorong di bahagian kanan FiQ ni ada sebuah kereta VIVA biru ni  tetibe masuk lorong dalam keadaan laju plak. Kemudian dalam masa yang sama pulak kereta HONDA City boleh pulak pergi brek mengejut. Apa lagi, kereta  VIVA tu terus  rempuh si HONDA City dan FiQ perasan kereta HONDA City tu berlanggar dan FiQ cuba brek kereta sampai rasa nak berdiri tapi kereta auto biasa la kan sistem ABS ni bila brek mesti akan berjalan sikit. Dan nak tak nak FiQ terus berlanggar dengan kereta VIVA ni.

Rasa tergamam jugak la masa mula-mula berlanggar tu. Yelaaa baru kali pertama kemalangan kereta dengan kereta. kalau dulu-dulu masa bawak motor ada jugak la biasa berlanggar tu. tapi yang buat terkilan nya tu pasal kereta FiQ baru lagi beli da berlaku kemalangan pulak. Sedih pon ada jugak tapi apa kan daya. Benda dah berlaku,  tak dapat nak dipusingkan masa. Kalau boleh memang nak je putar balik masa . tapi nak tak nak kene la redha dengan ketentuan apa yang berlaku.. kemungkinan ada hikmah di sebaliknya. Banyakkan jelaaa bersabar.

Jadi nak tak nak kene la tunggu sebulan kat dalam Perodua Centre nak baiki kenderaan tu bagi elok semula. In Shaa Allah mudah-mudahan segala apa yang dilakukan dipermudahkan urusan. AMINNNN....

Saturday 4 July 2020

Owner BloG keadaan Dilema

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Wahh ramai yang bertanya... Owner blog ni masih single dan available ke?
Pertama sekali FiQ nak bagitahu yang FiQ dah bertunang yeeee!!! Hihihi... Alhamdulillah dah hampir 2 Tahun. Dan dijangka menamatkan zaman bujang hujung tahun ni. No No No No goda goda FiQ yeee hahaha....


Tapi bukan tu yang FiQ nak bercerita sebenarnya. Hihihi.... FiQ sekarang rasa dilema pulak..yelaaaa hujung tahun ni majlis dah nak mula tapi banyak lagi yang Tak disediakan. Dan lagi musim-musim PKPP ni pulak susah untuk buat majlis besar-besaran dan terhad untuk 250 orang dalam 1 masa Dan jangka Masa dalam 3 hingga 5 Jam sahaja. Tapi bersyukur jugak kepada pihak kerajaan sebab membenarkan orang ramai membuat majlis Kahwin. Kalau tak memang tangguh la FiQ jawabnya. Borang -borang tak siap lagi, barang-barang hantaran masih banyak Tak disediakan lagi. kad jemputan dan Pelamin masih tak tempah lagi. 

In shaa ALLAH jika tiada apa hal dalam masa terdekat ni nak uruskan hal perkahwinan perlahan-lahan sedikit demi sedikit. Alat alat pengukur suhu pun nak kene beli, Sarung tangan plastik dan hand sanitizer. Walaupun sibuk dengan kerja , tapi tabahkan juga untuk selesaikan urusan perkahwinan.

In shaa ALLAH mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan... Amiiiin. 

Friday 3 July 2020

Teruja

Assalamualaikum



Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana masih diberikan kesihatan.



Hari Ni nak share 1 perkara yang sangat mengembirakan. Apa yang mengembirakan tu masa tengah scroll feed FACEBOOK dan terbaca artikel cikgu FiQ ni .. Dan apa yang buat FiQ terkejut nya...gambar FiQ da terpampang dalam asrama tempat FiQ belajar tingkatan 6. Ada la 2 ke 3 Hari lepas cikgu ni ada minta detail Dan gambar siapa yang pernah belajar dan duduk di asrama tu. FiQ ingatkan sekadar untuk buat catatan rekod sekolah je.. Rupa-rupanya nak letak kat dinding dalam asrama.. FiQ tak tau nak kata macam mana. Terasa bangga sangat sebab pernah menjadi sebahagian daripada pelajar yang duduk di asrama tersebut.

Nah kita belanja sikit hihihihi...


Semoga dapat menjadi sebuah inspirasi kepada adik-adik yang  duduk di asrama tersebut walaupun FiQ tak berapa pandai dalam pelajaran dan hanya sekadar STPM sahaja.


Thursday 2 July 2020

Kerja Sambilan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Orang ramai sangka bekerja sebagai penjawat awam dan kerja badan beruniform ni banyak duit dan bergaji besar. Tetapi hakikatnya dalam situasi kehidupan sekarang yang serba kekurangan dan kenaikan harga barangan yang susah untuk dijangka membuatkan kita bekerja lebih dari 1 bahagian. Dan bagi kami yang bekerja sebgai badan beruniform ini bukanlah kaya seperti apa yang diharapkan oleh orang  ramai. dan hakikatnya kerja kami ini hanya memudahkan kami membuat pinjaman hutang. 

Dan saya pula membuat kerja part time sahaja berniaga di dalam shopee. mula-mula memang rasa keliru jugak nak mula berniaga  ni. lagi-lagi pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) waktu tu. Tetapi perlahan-lahan cuba review dalam youtube dan pak cik  GOOGLE. Alhamdulillah dari hari ke hari dapat idea untuk berniaga. Kebetulan saya juga seorang pembaca majalah seperti MAJALAH UJANG , MAJALAH APO dan LAWAK KAMPUS. Selain majalah jugak saya minat pada komik seperti KOMIK NARUTO dan KOMIK DRAGONBALL. Dan apa lagi saya pun dapat idea untuk menjual majalah dan komik. Tapi dalam wantu PKP memang sangat bahaya untuk keluar ke sana ke sini. Jadi saya dapat idea untuk menjualnya dalam bentuk format PDF, tak perlulah keluar pos kan buku buku tersebut dan hanya perlu dihantar dalam Gmail sahaja. Dan alhamdulillah dan hari ke hari minggu ke minggu dan bulan ke bulan saya berjaya menjualnya dan secara tak langsung dpat juga menyimpan sedikit wang untuk di masa-masa yang terdesak. dan buat para pembaca semua, jika berminat untuk membeli E-komik dan E-majalah boleh la singgah di kedai saya nama Uchiha Enterprose. 


Haaa korang mesti rasa pelik kenapa nama kedai jadi Enterprose dan bukan Enterprise. Kalau yang tu perlu dibahas di lain hari huhuhu... selamat menyinggah dan terima kasih kerana meluangkan masa anda untuk membaca entry saya yang tak seberapa ni.

Cita Cita

Hi Assalamualaikum :)

Bercerita pembuka bicara
mengenal kisah si pemiliknya



Siapa sangka dari angan-angan menjadi kenyataan . Dari zaman kanak-kanak teringin nak jadi seorang POLIS bermacam cabaran ditempuhi. gara-gara minat, ku sertai juga Kadet Polis dan sertai segala pertandingan kokurikulum. baik dalam sekolah, sekitar daerah dan mahupun sekitar negeri. selepas tamat zaman persekolahan. macam-macam jugak kerja dibuat.kebanyakan kerja dibahagian RESTORAN . dari restoran kecik hingga resoran yang besar besar. Namun demi cita-citaku. Aku cuba pergi higga ke Pahang untuk temuduga bekerja sebagai POLISBerada di Pulapol Kuching Sarawak hingga 6 Bulan disana. Alhamdulillah selesai tamat latihan disana dan mula bekerja sebagai seorang Pegawai Polis DiRaja Malaysia hinggalah sekarang. tapi bila dikenangkan semula. Bersyukur ke hadrat ilahi kerana berjaya mencapai cita-cita yang dulunya sebuah angan-angan menjadi kenyataan.