Friday 3 March 2023

HAPPY WALAUPUN MASAKAN YANG SIMPLE

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Siapa yang dekat sini memang suka masak di rumah masing-masing. Apa yang aku nak cakap, aku cukup bersyukur bahawa dengan keadaan semasa sekarang harga barang yang semakin meningkat dan kadar harga sesebuah makanan di kedai memang sangat membimbangkan.

Alhamdulillah aku bersyukur kerana aku merupakan salah seorang yang sentiasa akan masak di rumah dan jarang sekali nak makan di luar jika tidak ada perkara yang penting untuk berurusan di luar. mungkin disebabkan aku merupakan anak seorang peneroka Felda dan telah berasa susah ketika masih kecil dan sudah terbiasa dengan keadaan yang susah. maka lebih selesa dengan makan yang sekadar biasa biasa sahaja.

Aku hari ni nak kongsikan, untuk hari ni aku masak untuk keluarga kecil ku dengan masakan Kuey tiaw Goreng yang dicampurkan dengan bahan bahan yang simple tapi sedap iaitu :

Ayam
Kupang
Cendawan
Bebola ikan
Sayur Sawi
Lobak merah




Jadi ini lah hasil dari masakan aku pada petang semalam walaupun bagi orang lain itu merupakan sekadar masakan biasa. Tapi bagi aku itu merupakan masakan yang luar biasa. Mungkin bagi orang yang berkemampuan untuk makan makanan yang mewah dan sedap takkan rasa apa yang aku rasa sekarang. Tapi alhamdulillah aku bersyukur kerana aku dikurniakan sifat tidak memilih makanan.

Jadi kepada korang yang sedang membaca sekarang. apa pendapat korang semua.
Apa apa pun aku berterima kasih sangat sangat kerana korang sudi membaca Blog aku kali ni.

ASSALAMUALAIKUM.

Thursday 2 March 2023

KEMBALI BEKERJA SETELAH SELESAI MC

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Hari ini merupakan hari pertama naik kerja setelah menjalani cuti sakit selama beberapa hari. Setakat ni kaki bahagian kiri aku masih tak kuat lagi. Di mana aku cuba untuk menaiki motosikal dan aku hampir jatuh apabila ingin turun dari motosikal dan memijak di sebelah kiri. 


Buat masa ni aku hanya boleh memijak serentak kaki kiri dan kanan untuk support tulang  kaki di bahagian kiri aku. Dan untuk turun dari motosikal pula aku perlu turun di bahagian kanan dulu supaya aku mampu untuk berdiri dengan stabil.


Aku bercadang juga nak bawa kereta untuk ke tempat kerja tapi bila di fikirkan juga. Kos duit minyak tak boleh tahan jika hari hari macam ni. Namun aku gagah juga lah untuk bawa motosikal dan harap kesihatan aku kembali pulih seperti sediakala.


Mungkin selepas ubat yang diberikan oleh doktor masih tidak menunjukkan positif baik, aku akan cuba berurut dengan orang pula. Kerana seksa juga apabila kaki kita ni tak dapat berdiri dengan stabil. Segala pekerjaan dan tanggungjawab kita jadi tergendala. Ibarat 1 nikmat tu ditarik sangatlah terseksa. 


Mohon doakan supaya aku dapat kembali pulih dan berjalan seperti biasa. AMIN.....