Thursday 11 May 2023

HADIAH YANG TERBAIK UNTUK SAMBUTAN HARI GURU

 ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

buat semua pembaca blog ku ini



Hai buat korang semua yang sudi untuk membaca ceritaku ini, mesti korang berfikir nak beri hadiah apa yang sesuai untuk diberikan kepada guru korang kerana Sambutan Hari Guru sudah hampir menjelang tiba.


So hari ini Taufik nak kongsikan kepada korang semua pengalaman semasa Taufik masih kecik dulu. taufik ingat lagi semasa berumur 9 tahun pada tahun 2004 bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jelai 3 (Felda) Gemas Negeri Sembilan. Dimana ketika itu sudah hampir beberapa hari sahaja lagi menjelang Sambutan Hari Guru. Pada waktu itu, Taufik memang tidak berkemampuan untuk berikan hadiah yang mahal-mahal seperti orang lain yang berpuluh-puluh ringgit. Taufik sentiasa memikirkan apa hadiah yang terbaik untuk cikgu kelas Taufik pada ketika itu.


Cikgu kelas Taufik dulu mengajar subjek Matematik dan alhamdulillah memang ketika itu banyak memberikan ilmu yang membuatkan taufik ketika itu minat dengan subjek Matematik, dan namanya Noor Shahida Binti Othman. 


Nak dijadikan cerita, Taufik memang nak sangat berikan hadiah kepada Cikgu kelas Taufik ni. Tapi pada masa tu kita budak kecik lagi, mana lah ada duit nak belikan hadiah yang mahal-mahal kan. Suatu hari tu, Taufik ada perasan yang Cikgu Shahida ni memang suka makan Kuaci tau. haaa yang macam gambar kat bawah ni.



Jadi pada masa tu, Taufik tak pikir panjang dan balik ke rumah pada ketika itu ajak abah ke kedai untuk belikan kuaci yang tak sampai berapa ringgit dan pembalut hadiah sebagai hadiah buat cikgu kelas Taufik kerana telah banyak mendidik Taufik pada ketika itu. Sampai di rumah minta mak pulak untuk balut kuaci dengan kertas pembalut hadiah tersebut. Alhamdulillah dapat jugak capai hajat nak berikan hadiah buat cikgu kelas Taufik.

Tiba lah pada hari yang dinantikan, Sambutan Hari Guru pun menjelang tiba dan Taufik masih ingat lagi waktu tu sempat berfikir. Cikgu Shahida ni suka ke hadiah yang aku bagi ni? Yela kan cuma beri hadiah yang biasa-biasa je tak macam orang lain ada yang bagi sampai berpuluh-puluh ringgit. 

Ok ni part yang paling Taufik terharu sangat tau. Dimana saat itu murid-murid akan memberikan hadiah kepada guru kelas masing-masing. Taufik tengok orang lain beri hadiah macam-macam yang bagi Taufik memang terbaik la masa tu. Taufik pun jeles pun ada juga tapi apa kan daya, kita masa tu bukanlah orang yang senang nak juga bagi hadiah kepada cikgu Taufik sebagai mengenang jasa beliau.

Taufik hulurkan hadiah tersebut dan pada masa tu, cuma boleh berharap supaya Cikgu Shahida berasa gembira dengan hadiah yang taufik bagi tu. Taufik juga berdoa supaya hadiah yang tidak seberapa Taufik bagi tu dapat buatkan Cikgu Shahida berasa gembira.

Alhamdulillah selang beberapa hari tu, Taufik ada bertanya dengan Cikgu Shahida OK tak hadiah yang Taufik bagi tu. Alhamdulillah Cikgu Shahida memang suka katanya. Taufik terus jujur cakap dengan Cikgu Shahida yang Taufik minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat berikan hadiah yang mahal-mahal. hanya itu sahaja yang mampu Taufik dapat berikan. Namun respon Cikgu Shahida lah yang aku rasa Happy sangat masa tu. Cikgu Shahida cakap yang dia sangat suka dengan hadiah yang Taufik bagi walaupun hanya sekadar makanan kuaci yang murah tu. Dan pada masa tu, Taufik rasa Happy sangat-sangat sebab Cikgu Shahida boleh terima hadiah yang Taufik bagi.

Jadi secara kesimpulanya dari apa yang Taufik bebel cuba untuk sampaikan kepada adik-adik yang berada di luar sana yang kurang berkemampuan untuk belikan hadiah mahal-mahal untuk cikgu kita.  Janganlah kita rasa malu, sebab cikgu kita cukup gembira dengan apa sahaja hadiah yang kita berikan kepada mereka. Bagi mereka cukup kita dapat berikan hadiah yang kita rasa itulah yang terbaik kita mampu berikan.

Ok lah panjang sangat dah ni membebel rasanya. Semoga kita berjumpa lagi pada entry yang seterusnya. Bubye....


Friday 3 March 2023

HAPPY WALAUPUN MASAKAN YANG SIMPLE

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Siapa yang dekat sini memang suka masak di rumah masing-masing. Apa yang aku nak cakap, aku cukup bersyukur bahawa dengan keadaan semasa sekarang harga barang yang semakin meningkat dan kadar harga sesebuah makanan di kedai memang sangat membimbangkan.

Alhamdulillah aku bersyukur kerana aku merupakan salah seorang yang sentiasa akan masak di rumah dan jarang sekali nak makan di luar jika tidak ada perkara yang penting untuk berurusan di luar. mungkin disebabkan aku merupakan anak seorang peneroka Felda dan telah berasa susah ketika masih kecil dan sudah terbiasa dengan keadaan yang susah. maka lebih selesa dengan makan yang sekadar biasa biasa sahaja.

Aku hari ni nak kongsikan, untuk hari ni aku masak untuk keluarga kecil ku dengan masakan Kuey tiaw Goreng yang dicampurkan dengan bahan bahan yang simple tapi sedap iaitu :

Ayam
Kupang
Cendawan
Bebola ikan
Sayur Sawi
Lobak merah




Jadi ini lah hasil dari masakan aku pada petang semalam walaupun bagi orang lain itu merupakan sekadar masakan biasa. Tapi bagi aku itu merupakan masakan yang luar biasa. Mungkin bagi orang yang berkemampuan untuk makan makanan yang mewah dan sedap takkan rasa apa yang aku rasa sekarang. Tapi alhamdulillah aku bersyukur kerana aku dikurniakan sifat tidak memilih makanan.

Jadi kepada korang yang sedang membaca sekarang. apa pendapat korang semua.
Apa apa pun aku berterima kasih sangat sangat kerana korang sudi membaca Blog aku kali ni.

ASSALAMUALAIKUM.

Thursday 2 March 2023

KEMBALI BEKERJA SETELAH SELESAI MC

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Hari ini merupakan hari pertama naik kerja setelah menjalani cuti sakit selama beberapa hari. Setakat ni kaki bahagian kiri aku masih tak kuat lagi. Di mana aku cuba untuk menaiki motosikal dan aku hampir jatuh apabila ingin turun dari motosikal dan memijak di sebelah kiri. 


Buat masa ni aku hanya boleh memijak serentak kaki kiri dan kanan untuk support tulang  kaki di bahagian kiri aku. Dan untuk turun dari motosikal pula aku perlu turun di bahagian kanan dulu supaya aku mampu untuk berdiri dengan stabil.


Aku bercadang juga nak bawa kereta untuk ke tempat kerja tapi bila di fikirkan juga. Kos duit minyak tak boleh tahan jika hari hari macam ni. Namun aku gagah juga lah untuk bawa motosikal dan harap kesihatan aku kembali pulih seperti sediakala.


Mungkin selepas ubat yang diberikan oleh doktor masih tidak menunjukkan positif baik, aku akan cuba berurut dengan orang pula. Kerana seksa juga apabila kaki kita ni tak dapat berdiri dengan stabil. Segala pekerjaan dan tanggungjawab kita jadi tergendala. Ibarat 1 nikmat tu ditarik sangatlah terseksa. 


Mohon doakan supaya aku dapat kembali pulih dan berjalan seperti biasa. AMIN..... 

Friday 24 February 2023

SESI MERAWAT KAKI BANGKU

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Baru baru ni Fiq ada join permainan bola sepak antara Cawangan dalam IPD, jadi sebagai manusia yang tak pandai bermain bola atau boleh dikira sebagai kaki bangku lah kan. 


excited lain macam pula, rasa permainan baru mula lebih kurang 20 minit, dan Fiq sudah injurt kesakitan. maklum lah kaki bangku nak main bola jadi lain pula. bila pada masa tu bola dari pihak lawan mula menyerang ke kawasan jagaan Fiq dan Fiq mula untuk mengejar namun, dalam usaha untuk mengatasi pihak lawan Fiq usaha untuk jadi lincah. tapi apakan dayadalam pross nak ke kiri dan ke kanan, lutut Fiq seperti rasa nak tercabut.


Padahal tak kena pun kaki pihak lawan. rasa nak terkepak kaki ni... perh dia punya pedih tu tak boleh bawa bincang wooo...ramai dah mula risau dengan keadaan Fiq. nak jejak kaki pada masa tu seperti awang-awangan. tak rasa nak jejak kaki ke tanah. Fiq pun terus jatuh ke bawah.


Fiq pun di bawa ke luar padang untuk berehat, sambil-sambil tu letakkan ais ketul pada lutut yang kesakitan. bak kata petua orang dulu dulu laaa. Fiq rasa macam nak tercabut lutut tu sebab nak berdiri dengan stabil rasa tak mampu.


selang  dalam 1 jam berehat di tepi, dan Fiq mengambil keputusan untuk balik ke rumah dan berehat. Nasib pada masa tu Fiq bawa kereta Auto. kalau lah bawa manual rasa surrender juga di buat nya.


Malam tu, kawan Fiq bawa ke klinik yang berdekatan untuk check kesakitan yang di alami ni. Alhamdulillah doktor bagitahu tiada kecederaan yang serius lah. Fiq pun mengucaokan syukur kerana tiada mengalami kecederaan yang teruk. Dan doktor memberikan injection serta ubat yang diperlukan untuk merawat kembali kecederaan.


Doktor juga ada memberikan MC selama 3 hari dan tidak membuat aktiviti lasak. Cuma kata doktor tu bagitahu jika dalam masa 2 minggu tak sembuh juga, kena pergi jumpa doktor di hospital. Fiq harap dalam masa 2 minggu ni lutut Fiq kambali pulih seperti sediakala. 


Fiq juga harap korang semua dapat doakan Fiq kambali sihat supaya dapat menjalankan tugas seperti biasa. terima kasih buat korang yang sudi membaca celoteh Fiq yang panjang menjela ni. 


ASSALAMUALAIKUM.